Friday 13 July 2012

Balqis stabil, dana belum cukup


Assalamualaikum!!



SHAH ALAM – Keadaan Nur Farah Athirah Balqis Razak, 3, yang menghidap masalah jantung berlubang makin stabil.

Ibunya, Zuleha Yahya, 44, berkata, anaknya kini menunjukkan perkembangan positif dan kurang merengek berbanding sebelum ini.

“Hari ini (semalam) nampak perubahan Balqis berselera makan selepas diberi vitamin,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Balqis masih lagi tidak boleh mandi dengan air sejuk.
 
Zuleha berkata, jumlah yang terkumpul setakat ini sebanyak RM4,500 dan Balqis masih memerlukan kos tambahan sebanyak RM1,700 untuk menampung kos pembedahan di IJN.

Katanya, setakat ini Balqis diberi bekalan ubat disedia Institut Jantung Negara. “1 Ogos ini Balqis dijadual jalani rawatansusulan berkaitan penyakitnya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,” katanya.

No comments:

Post a Comment