Friday 13 July 2012

Keputusan Permohonan Masuk UPM 14 Julai


                                           Assalamualaikum!!

KUALA LUMPUR – Status keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf iaitu program Ijazah Sarjana Muda boleh diperoleh mulai 14 Julai ini.
UPM melalui satu kenyataan media memberitahu, keputusan tersebut boleh didapati dilaman web http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bermula pukul 12 tengahari pada hari tersebut.
“Calon dikehendaki menyemak maklumat tawaran dan boleh mencetak surat tawaran rasmi serta panduan pelajar baharu melalui tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran ke program Ijazah Sarjana Muda UPM dalam tempoh sepuluh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai 2012.
Kata kenyataan itu, pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web sama dan tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah pada 1 dan 2 September ini di UPM Serdang, Selangor.
Tambah kenyataan itu, calon yang gagal dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan dalam tempoh sepuluh hari selepas pengumuman keputusan rasmi permohonan kemasukan ke UPM.
Jelas kenyataan itu, tarikh tutup permohonan e-Rayuan pada 22 Julai ini dan sebarang pertanyaan diminta menghubungi Bahagian Akademik UPM di talian 03-89466059/6060/6055 atau emel kepada akademik@putra.upm.edu.my.

No comments:

Post a Comment