Thursday 13 September 2012

Cari Kekuatan Diri Untuk Lebih Dihargai

                                                            

Semua orang for sure inginkan diriya dihargai terutamanya bila melakukan sesuatu . Dihargai bukan bererti diberi hadiah ataupun ganjaran namun , ucapan terima kasih disertakan dengan wajah yang ceria sudah cukup membuatkan seseorang tu rasa dirinya dihargai . Apa-apa pun macam mana lah dalam hidup ni , tak de orang nak hargai langsung, malah apa sahaja yang korang buat selalu diremehkan dan dipandang rendah . Bukan sahaja di kalangan member korang , malah di kalangan keluarga , tempat kerja atau kolej korang sering diperkecilkan dan dipandang rendah .

 
Memendam perasaan tiada gunanya . Korang kena buat something supaya tidak diremehkan dan dihargai oleh orang-orang yang berada di sekeliling . Kat bawah ni , Ika senaraikan ,  TIGA cara macam mana nak korang bangkit supaya akan lebih dihargai :)

1. Tonjolkan kelebihan diri !

Tonjolkan kelebihan diri ? Macam mana ? Haa .  Korang tu jangan terlalu dengar sangat komen-komen daripada kawan korang yang dirasakan sengaja untuk melemahkan lagi diri korang tu . Boleh jadi korang tak de lah sebagus kawan korang tu namun korang patut berbangga dengan kelebihan yang korang ada . Tapi , jangan lah sampai jadi riak pulak . Paling penting , korang kena ada kemahuan untuk jadi lebih positif .Keterampilan juga mampu meningkatkan keyakinan diri :)

2. Sabar

Walaubagaimanapun , jangan fikir bila keyakinan korang tu dah meningkat , kerja korang dah pun selesai . Tak . Tak . Belum lagi . Korang masih perlu banyak berusaha untuk mengubah diri yang sering diremehkan . Memang bukan semudah yan disangkakan namun korang perlu sabar dalam menjalani proses ini . Korang kena berani untuk ber pendapat ataupun perlu ada inisiatif contohnya jika mengadakan 'reunion' . Cuba beri pengertian kepada pihak yang terlibat sekiranya korang inginkan kesempatan untuk menunjukkan kemampuan diri korang tu .

3. Atasi Dengan Penuh Semangat !

Bila korang sering dipandang rendah , korang tentunya tak dapat lari dengan perasaan tertekan , marah dan tak ada semangat untuk meneruskan hidup . Namun percayalah . Setiap masalah , pasti ada jalan penyelesaiannya . Selagi korang ada semangat untuk berusaha , selagi tu lah ada je jalan untuk korang yang lebih baik dan terus baik . Paling penting , korang jangan lah nak cepat mengalah ! Mungkin pada awalnya , usaha korang tu tak berhasil tapi if korang terus berusaha dan terus berusaha korang pasti akan mencapai setiap matlamat yang korang inginkan iaitu , "rasa dihargai" .


Terima Kasih Kerana Sudi Baca,Jangan Lupa Follow K :)

No comments:

Post a Comment