Saturday 8 December 2012

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat




                                                       Hye! apa khabar?
                       hari ini Ika nk kongsi sikit 7 Cara Membuat Otak Berfikir Lebih Cepat
          Acano tu? -_-? hehehe. Awak tau tak? Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer
     biologi. Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan. Awak semua dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya, atau memanipulasinya.Tips yang Ika bagi di bawah ini mungking akan membuatkan otak korang bekerja lebih baik.

1. Ambil dosis EPA secukupnya

EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pasa otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.

2.Seks secara terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yorself  Training your brian yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi.Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak.Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka-teki

Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan Kaki

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan fikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih 'jernih'

5. Ketawa/Senyum

Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak. Pastikan korang ketawa setiap hari yer. Lagipun senyum itu sedekah ;)

6. Berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif. Jadi, kalau korang minat muzik, selalu2 kanlah pergi Jamming.

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan

Eistein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepangjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran 'seorang dewasa' . Korang akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.

              = Setakan ini sahaja yang mampu Ika kongsikan.Selamat mencuba.Assalamualaikum.=
                                                                                                                               

No comments:

Post a Comment