Saturday, 15 December 2012

Buat Renungan



Hidup ini tak selalunya indah ,
Adakalanya kita gembira , ada kalanya kita berduka
Ah . . . . diri kita ini diibaratkan RODA , 
Adakalanya kita di atas , ada kalanya kita dibawah .

Perasaan ,
Bukan mudah untuk mentafsir perasaan ,
Senyuman tak beerti kesenangan
Tangisan tak beerti kesedihan
Dalam senyuman mungkin tersimpan kelukaan ,
Dalam tangisan mungkin terselit kegembiraan ,
Kita tak memiliki atau meminjam hati orang lain
Tetapi kita akan memahami jika kita menyelami . .

Insan ,
Tak semua insan terlalu baik untuk dijadikan sahabat ,
Tapi semua insan boleh dijadikan kawan ,
Sahabat dan kawan ada perbezaan ,
Perbezaan yang tak nampak dek akal tapi ada di hati ,
kerana akal tak perasan . .

Kecantikan ,
Tak semuanya cantik ,
Tetapi semua yang bauk itu cantik ,
Kesenangan tak mudah diperoleh dengan senang ,
Tapi kesusahan pasti diperoleh dangan senang ,
Sahabat , renungkanlah kata-kata ini
kerana merenung lebih baik daripada termenung . . . :P

No comments:

Post a Comment