Saturday, 15 December 2012

"pandai-pandailah hidup"



jumpa kat fesbuk (^.^)

nota budak >> sumpah sentap time mula-mula baca. huhu.

*****

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni. awal lagi nie. zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah
Syaitan - Ahh, tak payahla, dah lapar ni..mmm..sedapnya.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh?awal lagi? mmm. aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa. rilex lah, awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh tak boleh tengok ni, berdosa
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan – Perggghh, best tu, rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2. Pandai-pandailah

Manusia - aku telah berdosa
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. lagipun muda hanya sekali, rugila. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu. Jomlah.

Manusia - Uuhhh? letihnya arini. tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu.

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini?
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk sibuk. biar je disini. kalo boleh, delete je.

No comments:

Post a Comment