Monday 10 December 2012

Tips: Menarik Pembaca Ke Blog






Hello Guys!!! Wahh.. alhamdulillah syukur..
Kenyang sangat2 bilew dh menikmati pulut durian ptg tadi.
Bias la kan.. musim durian2 camniyh pasti makan durian hehek :3
oke, malam niyh, Ika nak bagi tips kat korang cara Menarik Pembaca Ke Blog.
Okeyh! siapa yang tak nak orang lain masuk untuk menatap setiap isi yang kita sampaikan kan?
kecuali lah orang itu buat blog semata-mata luahkan perasaan nya sengsorang. Pastu PRIVITEkan blog.
Kita buat blog sebenarnya untuk MENYAMPAIKAN INFORMASI kepada pembaca. Bukan buat blog hanya untuk santapan mata kita seeorang je kan? Baik beli buku diary yang wangi2 tulis semua kat situ. Boleh jugak dijadikan kenangan kan? huhuhuk :3 .. Huh! dh lengah dan membebel (ye ke cik ika niyh? padahal  malas menaip) sekarang.. teng teng teng.. tiba masanya Ika bagi  tips ringkas yang akan berikan di bawah:

1. Tajuk yang "SUPERPOWER"

Oke, apa yang dimaksudkan dengan "superpower" ni ? Eh. korang jangan salah anggap pulak. Superpower niyh bukan yang Super Power Kacip Fatimah yang mak-mak koorang minum tu. Bukan hehehk ^_^ . Maksud Ika dekat Tajuk korang mesti lah gempak dan kreatif supaya pembaca akan tertarik untuk baca isi di entry korang tu.

Sebab tajuk entry pun memainkan peranan yang agak penting untuk menarik pembaca ke blog. Ok, dekat sini Ika kasi contoh lah. Misalnya, kalau entry korang bertajuk "Makanan Kegemaran Saya".Agak-agak ramai tak pembaca yang nak baca berbanding denagn entry yang bertajuk "Chicken Chop Pelik Enak Yang Pernah Aku Makan". Mana agaknya yang menarik korang baca? hehek.

2.Ayat disusun secara rapi BUKAN berapi-rapi

Cuba korang belek balik entry korang yang lepas-lepas. Ayat yang disusun rapi ke, ayat yang berapi-rapi? haha. Oke, kitew kalau nak tulis ayat mesti ok. Perkataan perlulah ditulis dengan sepenuh-penuhnya. Bagi yang suka tulis secara singkatan. Tolong elakkan. Contoh:

" Aq gileww ske blog aq sbb blog aq len dr yg len".

Apa tu? huhuk. Ika tahu la korang faham dengan bahasa sedemikian. Tapi, kalau boleh cubalah elakkan ye. Sebab pembaca blog bukanlah dikategorikan dengn remaja sahaja. Tak, pembaca blog terdiri daripada semua peringkat umur. Jadi, tolonglah disiplinkan diri korang dengan menaip entry dengan kata-kata dan perkatan yang sesuai ye.

3. Isi artikel yang bermanfaat

Perkara tentu ramai yang sudah tahu . Nak tulis entry atau artikel biarlah bermanfaat. Tak kira lah blog tuh, blog personal ke, blog yang penuh dengan informasi ke. Asalkan bermanfaat kepada semua. Bagi yang suka menceritakan hal peribadi, selitkan dengan pengajaran tau apa2 je lah yang barkaitan. Baru orang suka dan lebih tertarik untuk masuk ke blog korang. Hehe. Betol tak? ^__^

Ika niyh pun dalam proses nak memperbaiki penulisan Ika yang agak kureng ok kot. Walaupun Blog Ika ni dah bercampur. Tutorial + Tips  dan bla bla bla, Ika arap u allz tak kesah Ok.

= Sekian, jangan lupa tekan button follow dan komen ^_^ =


No comments:

Post a Comment