Kau Maha Bijaksana Ya Allah. Kau tahu hati hamba hambaMu ini mudah sekali tersasar. Kau tahu hati hamba hamba Mu ini mudah terpengaruh, mudah berubah, kerna bukan namanya hati andai tidak berubah ubah. Sayang sekali Kau pada aku, kau hadiahkan aku dengan solat lima waktuMu. Ya, itu hadiah yang sangat besar bagimu. Tiada aku melihat pada agama agama ciptaan manusia yang lain yang berbuat sedemikian. kerana itu aku makin bertambah kagum akan Kau tuhanku.
Mungkin sahaja bisa sahaja kau biarkan aku hambaMu menurut sahaja perintahMu dengan patuh, tanpa perlu solat atau ibadah lain. Yang penting,hanya taat dalam amar makruf nahi munkar. Namun kau Maha Mengetahui, hati aku tak mampu setia andai tiada mahabbah padaMu. Hati aku tak mampu untuk setia andai tiada rasa kenal, lalu cinta padaMu. Lalu kau turunkan solat lima waktu buat aku. Sebuah hadiah yang tak terkira indahnya.
Aku pernah merasakan keindahan pemberianMu itu ya Allah. Namun seringkali rasa itu hilang buat seketika. Lalu ia datang kembali, di saat aku taat, pasti aku merasakan sesuatu yang amat manis sekali, namun saat aku teringkar, aku kehilaangan rasa itu. Ya!sedari solat lima waktu lah hati hati wali Allah itu menjadi indah tatkala beribadah padaMu. Sedari solatlah hati hamba hambaMu terasa ikhlas beribadah padaMu. Kau tak meminta aku melakukan seusuatu yang kejam, Kau tak meminta aku melukakan diri atau yang lain demi menggapai cintaMu, tapi hanya dengan solat yang Kau tuntut dari aku YA Allah.
Betapa Kau itu tuhanku yang Maha Pengasih. Dalam solat itu pula kau tambahkan lagi banyak nikmat buat kami. Sihatnya tubuh badan aku, cergasnya minda aku, dan bertemu juga saraf saraf otak aku kala sujud dihadapanMu. MuliaNya engkau YA Allah.
Maaf andai aku masih lagi ingkar padaMu ya Allah. Aku tahu Engkau itu Maha Pengampun. Tetapi bimbang andai diri aku terlambat. Ramai yang telah bersemadi di alam barzakh sana. Aku pula masih di sini menghitung setiap hari yang berlalu. Apa esok, apa lusa, mungkin giliran aku. Berkatilah dan rahmatilah aku YA Allah dan Kau ampunkan lah segala dosa aku supaya aku dapat menikmati keindahan nikmat di taman syurga kelak. Aku mohon tunjukkan lah aku jalan yang lurus iaitu jalan yang engkau redhai supaya aku dapat mengharungi saki baki hidup aku ini bersandarkan agama-Mu ya Allah. Hanya pada Engkaulah aku sembah dan hanya pada Engkaulah aku meminta pertolongan.
No comments:
Post a Comment