Cara nak CARE laptop
- Jangan
letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut
yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan
menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
- Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
- Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka
bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel
power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari
adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas
semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan
menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
- Jangan
letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan
orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika
menggunakan laptop mereka)
- Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
- Pastikan
laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau
terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
- Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet…
- Pastikan
laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari
setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
- Papan Kunci :
Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak
menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu
kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan
kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap
menggunakan papan kekunci di komputer riba.
- Skrin LCD
: Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver.
Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan
menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan
untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh
menyebabkan Dead pixel.
No comments:
Post a Comment