KUALA LUMPUR – Penyanyi Haiza atau nama
sebenarnya Rohaizah Nordin, 32, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat
Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras di sini malam Ahad.
Bayi seberat 3.07 kilogram itu lahir secara normal kira-kira pukul 8.37 malam dan diberikan nama Nur Iman Syafie.
Haiza
berkata, dia dimasukkan ke pusat perubatan itu kira-kira pukul 1 petang
hari yang sama selepas mengalami kesakitan ketika di rumah.
Katanya
nama Nur Iman Syafie dipilih selepas dia dan suami Norhanaphe Omar, 32,
mengetahui jantina anak mereka itu selepas beberapa bulan mengandung.
“Nur
Iman Syafie bermakna cahaya keimanan. Saya dan suami berharap anak kami
ini akan menjadi orang yang beriman,” katanya kepada mStar Online
sewaktu ditemui di pusat pakar itu di sini, malam Ahad.
Sehingga
berita ini ditulis kira-kira pukul 9.30 malam, wajah anak pasangan ini
tidak dapat dirakamkan kerana masih dalam rawatan susulan di wad
berasingan oleh pihak hospital.
Sementara
Haiza berkata, dia amat bersyukur kerana selepas lima tahun mendirikan
rumah tangga, akhirnya Allah mengurniakan zuriat buat mereka selepas
puas berusaha.
“Zuriat ini amat bermakna buat saya dan suami. Syukur kepada Allah,” katanya.
Haiza
yang popular dengan lagu terbaharu berjudul Semalam bercuti daripada
sebarang pertunjukan pentas dan akan kembali aktif selepas tempoh
berpantang.
Haiza dan Norhanaphe mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2007.
No comments:
Post a Comment