El Monte – Sekumpulan
penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi
menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian,
tetapi sangkaan mereka meleset.
Majikan
mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam
renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu.
Diberi tajuk Lifeguard Style,
video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang
mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.Dalam
aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru
gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri.
Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka menari dengan seorang rakan di celah kangkang.
Disifatkan tak senonoh
Ketua
mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka
dengan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang
penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.
Pihak
berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah
menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka
untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.
Penyelamat
terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman
web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14,
yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan
hampir sama.
“Kami rasa tidak adil kena pecat menggunakan alasan itu”, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.
Setakat ini, lebih 359,421 sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube.
Bagi muzik video asli pula, 129,650,081 sudah menonton aksi penyanyi Korea Selatan itu.
Nama
sebenar Psy ialah Park Jae Sung. Lagunya adalah satu komentar mengenai
sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.
Lagu Psy kalahkan Bieber
Sambutan hangat lagu itu dilaporkan lagu Baby yang disampaikan Justin Bieber dan lagu Rebecca Black, Friday.
Selain
itu, Psy dan penerbit album Bieber, Scooter Braun, memeterai perjanjian
untuk menghasilkan lagu bersama dengan Braun menyiarkan video pendek
mengumumkan rancangan mereka bertujuan membolehkan artis Asia itu yang
pertama dari Korea untuk mencatat rekod baru nyanyian di Amerika
Syarikat.
No comments:
Post a Comment