Masih lagi ingat dengan kisah pengacara
popular, Linda Onn yang tampil meluahkan rasa kesalnya dan terasa hati
kerana seorang pelawak negara memanggilnya ‘bengong’ dalam satu acara
yang dihadiri orang kenamaan minggu lalu?
Kata Linda Onn, sepanjang dia menjadi pengacara jemputan, dia tidak pernah dipanggil dengan gelaran yang tidak elok.
Kali ini, pelawak itu tampil memberikan penjelasan. Siapa?
Pelawak yang dimaksudkan oleh Linda Onn adalah Mazlan Pet Pet, salah seorang ahli dalam kumpulan Senario.
Mazlan sebenarnya terkejut kerana Linda Onn masih lagi menyimpan rasa terasa hati dengan dirinya selepas majlis itu selesai.
Bagi Mazlan, dia sudah pun memohon maaf kepada Linda Onn dan juga tetamu lain yang turut hadir.
“Terus-terang
saya terkejut apabila diberitahu Linda Onn masih terasa dengan gurauan
serta lawak yang saya lakukan kepadanya itu kerana saya sendiri sudah
meminta maaf atas apa jua ketelanjuran kata-kata saya pada akhir majlis
tersebut,” kata Mazlan yang dipetik dari portal Murai.com.
Untuk
menjernihkan keadaan semula, Mazlan dengan ikhlas hati memohon maaf
sekali lagi atas ketelanjuran kata-katanya itu kepada Linda Onn.
Malah, dia juga berjanji akan menghubungi Linda Onn untuk meleraikan segala rasa tidak puas hati Linda Onn.
“Saya fikir dia sudah boleh menerima permohonan maaf saya dan saya sendiri tidak terfikir dia masih memendam rasa.
“Apa-apa
pun, saya mahu minta maaf banyak-banyak pada Linda Onn atas apa yang
berlaku kerana apa yang berlaku bukan dilakukan atas niat yang
disengajakan,” katanya.
Eloklah Mazlan sudah pun memohon maaf dengan ikhlas kepada Linda Onn.
Bermasam muka dan menyimpan perasaan tidak puas hati sesama artis bukanlah perkara yang elok.
Tapi,
mungkin apa yang terjadi itu boleh dijadikan pengajaran oleh Mazlan
untuk tidak mudah memberikan gelaran yang tidak elok kepada orang lain
terutama rakan sendiri.
Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, kalau terlajak kata, buruk padahnya. Bahaya!
No comments:
Post a Comment