Wednesday, 11 December 2013

Kisah Pensil Dan Pemadam

 

PENSIL : Saya mintak maaf awak !


PEMADAM : Untuk apa ? Awak tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap saya .


PENSIL : Saya mohon maaf kerana awak kesakitan kerana saya. Setiap kali saya melakukan kesalahan awak selalu ada untuk memadamkannya. Tapi setiap kali awak menolong mamadamkan kesalahan saya , maka awak kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak menjadi semakin kecil dan semakin kecil bila cuba memadamkan kesalahan saya.


PEMADAM : Tapi saya tidak kisah. Saya memang dicipta untuk memikul tangungjawab ini. Saya dibuat     untuk membantu awak setiap kali awak melakukan kesalahan. Walaupun suatu hari nanti , saya tahu saya akan pergi meninggalkan awak , saya yakin awak akan mencari pengganti yang baru yang jauh lebih baik dari saya . Saya sebenarnya gembira melakukan kerja saya. Awak berhentilah dan buanglah perasaan bimbang terhadap saya sebab saya tak suka melihat awak sedih . Ingatlah saya akan selalu ada untuk awak sekiranya awak melakukan kesalahan .

P/S : Dalam kehidupan kita , kita sangat memerlukan seseorang untuk menjadi kita lebih baik.
        Seorang anak memerlukan ibubapa nya untuk terus berjuang dalam kehidupan
        Seorang isteri memerlukan suaminya supaya dapat membawanya ke jalan yang benar
        Seorang kawan memerlukan kawannya untuk terus ceria
        Seorang pelajar memerlukan seorang guru untuk memudahkanya memperoleh ilmu
        Seorang kekasih memerlukan kekasihnya untuk terus bahagia
        Begitu juga kita memerlukan Allah disisi supaya kehidupan dunia dan akhirat kita bahagia
        Dan biarkanlah kita kehilangan sesuatu kerana Allah . 
        Jangan kita kehilangan Allah disisi kita kerana sesuatu.

No comments:

Post a Comment