Wednesday, 11 December 2013

Menangislah Wahai Hati




Bayu malam menyapa lembut wajahku 
terasa sungguh sejuk dan damai 
itulah nikmat yang allah kurniakan kepada ku
bohong kalau kita kata yang kita tidak pernah menangis
kita tidak pernah menitiskan air mata syahdu..
bohong kalau kita katakan kita tidak perlukan tangisan dalam kehidupan kita
lantaran hidup kita dipenuhi dengan kebahagian..
sedarlah disebalik kebahagian terselit tangisan
di sebalik titisan air mata sebenarnya
mengandungi mutiara kebahagian
aku menangis kerana aku perlukan tangisan dalam hidup aku
tangisan yang membuatkan aku kuat
untuk terus melalui kehidupan ini...
aku menangis kerana aku perlukan tangisan
untuk menguatkan hati yang lemah dan lumpuh
dengan musibah rahmat kasih sayang allah...
aku menangis bukan kerana aku lemah
tapi aku menangis untuk mendapatkan kekuatan
di sebalik sisa tangisan itu...
bila aku sedih, aku menangis untuk hilangkan kesedihan
bila aku kecewa, aku menangis untuk lebih tenang,
bila aku marah, aku menangis untuk redakan api kemarahanku
bila aku terasa hati aku menangis supaya aku tidak membuat dosa 
bila aku rasa benci, aku menangis supaya aku benci akan perbuatan ku
bila aku buat dosa aku menangis kerana takut murka allah...
bila diuji aku menangis, bukan beerti aku lemah
tapi cuba untuk membuang rasa kecewa yang
terkadang terbit tanpa di pinta..
aku ingin menjadi kuat dengan tangisan
sebab itu aku perlukan tangisan dalam kehidupan
untuk terus melalui kehidupan ini...
kerana aku tahu...:
hidup tanpa ujian .. kita tak akan kenal erti ketabahan
hidup tanpa dugaan.. kita tak akan kenal erti kesabaran
hidup tanpa allah.. kita memang tak layak digelar sebagai khalifah allah..
kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, 
berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu
kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahuberalah
tapi di sana ada kebahgiaan hakiki
biarlah tangisan menjadi kekuatan kita untuk melaluinya..
Ya Allah terima kasih kerana engkau berikan nikmat tangisan
dalam menceriakan hari-hari aku.. alhamdulillah..:)

No comments:

Post a Comment